(^_^)

Thursday, 27 December 2012

Belajar tutup aurat.. :D




ISLAM itu SYUMUL.. :)


Assalammualaikum ya akhi wa ukhti…
Kali ni, kita berkongsi sedikit pengetahuan yang mungkin kita tidak tahu …
·         Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat.

·         Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sakaratul maut..

·         5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:-

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, InsyaAllah jauh dari penyakit (susah ditimpa sakit).

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.(mungkin sebab tu kebanyakkan daripada mereka sangat bijak.)

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).



Cara senang untuk dapatkan pahala walaupun selepas mati . (seronok ni!)

·         Pasang kipas di surau/masjid walaupun satu, setiap kali orang guna, anda dapat pahala walaupun telah meninggal dunia. .

·         Derma kerusi roda dihospital . Setiap kali pesakit guna,anda akan dapat pahala .

·         Beri baju kepada  orang , setiap kali orang pakai, anda dapat pahala .

·         Beri makanan kepada orang , anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya .

·         Menyampaikan ilmu yang bermanfaat, selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada . InsyaAllah..



7 kalimat yg mesti di biasakan di lidah kita..

1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah-Setiap kali habis melakukan sesuatu.

3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yang buruk.

4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat hal yg buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun- Jika melihat atau menghadapi musibah atau menerima khabar kematian.

7.Lailaha illallah- Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

 edited by: NurHiayah Basiron

Alhamdulillah… Semoga bermanfaat.. InsyaAllah… Assalammualaikum..


Dosa? kebiasaan masyarakat kita!


Assalammualaikum ya akhi wa ukhti…
Hari ini dosa macam ibarat satu kebiasaan. Dah macam fitrah manusia pula buat maksiat. 
Lebih hebat lagi, dosa itu macam gugurnya daun dimusim luruh. (hehhh, sungguh metafora ayat nih).
Itu lah hakikat yang perlu kita akui bersama. Dosa : Perkara Biasa derr...
Senang cerita,, dosa kita macam hujan lebat yang mencurah-curah!!

"Eh, dosa I, kubur I, You apa kisah?", kata mak cik ala datin itu sambil mencekak pinggang. 

“Eh2 makcik nih! Memang la kubur you.. bukan kubur I, tapi kalau kubur you sebelah kubur I nanti, tak ke memekak??! Terjeri-jerit masa kena seksa nanti..menganggu ketenteraman tau tak?!  Huhhh!” (Agak-agaknya, berani tak kita nak jawab macam ni kalau diasak dengan kenyataan seperti yang  mak cik tu cakap?)

Cubalah lihat depan belakang kiri kanan hidup kita seharian, memang tidak boleh nak lari dari membuat dosa. 
Keluar rumah,masuk rumah, keluar bilik, masuk bilik. Dosa pasti ada menuruti langkah kita. 
Biah atau environment yang meningkatkan keimanan serta ketaqwaan susah bebenar nak rasai bersama. 
Mungkin, kalau duduk dalam gua bolehlah rasanya. (kalaulah boleh..)

BAGAIMANA BOLEH BERLAKU ?

Keadaan sebegini memang membingungkan ramai pihak. 
ustaz-ustaz pula kerja mereka sekarang ini perlu dilebihkan masa. Siap 'oncall' lagi. Dah macam doktor pulak. 

"Ostaddd, tolong Ostadd, anak saya kena rasukkk ostad", mak cik ala datin tadi menelepon seorang  ustaz muda. 

Keadaan yang menambahkan lagi resah ibu bapa dalam merancang plan kehidupan anak-anak mereka.
Sekarang ini, dosa itu sinonim dengan remaja. Mungkin kerana dosa-dosa remaja ini selalu dipaparkan dalam arus media perdana. 

"Eleh, macam lah orang tua tak buat dosa. Huh!", mengeluh seorang anak muda yang baru mencampakkan anaknya dari tingkat 3.

Keadaan itu menjadi kian complicated apabila urusan agama dipinggirkan dalam kehidupan seharian.
Terutamanya solat. Solat tiang agama. Tiang paling mahal dalam dunia, tiang agama lah. Tiada harga yang mampu membelinya dengan wang ringgit.
Oleh sebab agama yang di anak tirikan, maka nafsu diturut perintahnya.

"Well, diorang sudah tidak berpegang pada tali agama. So, I offer lah tali I", kata En. Nafsu ketika ditemuramah oleh wartawan.


KISAH IBRAHIM ADHAM..

Ibrahim Bin Adham ini merupakan seorang yang soleh. Banyak kisah-kisah pengajaran dari beliau.
Suatu hari, beliau didatangi oleh seorang ahli maksiat yang mengadu bagaimana caranya untuk berhenti dari terus melakukan maksiat.
Lalu dijawab pertanyaa itu oleh Ibrahim Adham.

"You, kalau nak buat maksiat boleh. Tapi ada 5 syarat", kata Ibrahim Adham.

Bila Ibrahim Adham membenarkan buat maksiat dengan bersyarat terbeliaklah mata ahli maksiat itu.
Bukan setakat ahli maksiat itu je boleh terbeliak, kita pun pasti riang gembira mendengar bolehnya buat maksiat.

Yelah, selama hidup 20 tahun ni, ustaz-ustaz dan ustazah cakap buat maksiat itu harammmmm... Nerakaaaa…

Lalu, Ibrahim Adham terus memberi syarat untuk membuat maksiat. Maka khusyuk ahli maksiat itu mendengarnya.

Syarat-syaratnya adalah :

1. Kalau nak buat Maksiat boleh tapi jangan makan rezeki Allah.

2.
Apa nak buat maksiat? Bolehhh.. tapi jangan berdiri, jangan duduk,  jangan tinggal dan janagn menetap dibumi Allah walau seinci. Ingat eh!

3
. Jika nak buat maksiat, bolehhh sangat… tapi buat ditempat yang kau yakin Allah tidak boleh melihatnya.

4.
Buat maksiat??  boleh2!!, tapi bila Malaikat Izrail datang untuk menyabut nyawa pintalah untuk ditangguh.

5.
Apa?Kalau nak buat maksiat juga, bolehh.. tapi bila Malaikat Zabaniyah datang nak mengiringi kau ke Neraka kata pada dia aku tak mahu ikut kau.

Habis Ibrahim Adham bercerita syarat-syarat berikut, terkedu si ahli maksiat sambil menangis teresak-esak. (tau takot.. =P)


TUGAS KITA PELIHARA DIRI DAN KELUARGA…

Allah berfirman dalam sepotong ayat. "Peliharalah dirimu dan keluarga dari api neraka".
Tugas untuk pelihara dari api neraka ini diletakkan di atas bahu semua yang mengaku dia Islam.

Bukan sekadar pakai baju I Proud To Be A Muslim. Pakai  badge button I Am Muslim. Tapi tanggungjawab itu adalah memelihara diri dan keluarga dari api neraka.
Bila semua ada kesedaran ini, insyaallah tanpa diragui dosa-dosa akan dipandang sebagai perkara yang sangat paling jijik.

Dah lah sangat , paling pulak…
J

Bersahabat dengan orang soleh. Kerana dapat membantu kita menggilap cahaya iman.

Banyakkan menimba ilmu dengan membaca, mendengar dan melihat kerana ianya dapat membantu kita mengenali siapa syaitan siapa malaikat.

Jaga pemakanan kita, kerana makanan yang syubhat membantu kita mengeraskan hati untuk menerima cahaya Allah.

Semua kita ini selalu melakukan dosa tetapi yang paling baik dalam golongan berdosa ini adalah mereka yang sentiasa menyesali dosa mereka.

Sabda Baginda dalam riwayat Imam Bukhari,

Semua anak adam melakukan dosa, dan sebaik-baik mereka adalah yang bertaubat.

Refleksi diri, kuatkan jati diri dan iman di hati,,
 pasti terselemat dari api… Allah Maha Mengetahui..
  written by: NurHidayah Basiron

Gambar ni hanya sekadar hiasan..  (kemain pakcik tuh.. =D )
Alhamdulillah… semoga bermanfaat… InsyaaAllah….  Assalammualaikum.. J

Jaga pandangan anda :)


Assalammualaikum ya akhi wa ukhti…
Kali ni, kita akan berkongsi ilmu tentang  MENUNDUKKAN PANDANGAN..
Ciri-ciri khas seorang mukmin adalah mereka mampu menjaga pandangan mereka. Seseorang lelaki tidak sewenang – wenangnya memandang seorang wanita, dan begitu juga sebaliknya. Mereka juga tidak mudah memanjakan mata mereka dengan melihat aurat orang lain yang diharamkan.

Pandanglah perkara-perkara di depan kita sekadar yang perlu sahaja. Dalam perjalanan apabila terserempak pemuda tampan tersenyum menawan atau gadis cantik melirik manja, bersegeralah memalingkan pandangan kita. Ingatlah, pandangan pertama adalah dibolehkan untuk kita tetapi pandangan selanjutnya tidak boleh untuk diteruskan.

Mungkin perkara ini sangat sukar dilakukan. Menundukkan pandangan ditengah kehidupan masyarakat yang semakin bebas bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tetapi sebenarnya kita harus ingat, sesuatu kesusahan itu dicipta oleh Allah untuk ditakluk oleh keimanan kita. Apabila berusaha untuk menawannya, ia akan melatih jiwa kita untuk lebih kuat untuk menghadapi segalanya, malah lebih bersedia dan mampu menahan beratnya ujian pada masa akan datang. Insyaallah, kita semua mampu melakukannya.

Daripada mata, jatuh ke hati. Didalam hati, terkumpulnya nafsu.
Peliharalah mata, kerana dari matalah bermulanya segala dosa. Bertahanlah disaat godaan itu menarik perhatian mata kita. Kuncilah keinginan itu agar tidak menjadi samakin liar dan sukar dikawal. Menahan pandangan adalah lebih ringan daripada menahan siksaan yang disebabkan olehnya.
Andai kita membiarkan mata kita memandang seenak hawa nafsu, pasti kita akan mula berangan – angan dan hati kita tidak akan lepas dari bayang-bayangnya.

Senyumannya yang manis, lirik mata yang manja, raut wajah yang jelita, tubuh yang mantap dan sebagainya pasti menghambat perasaan kita disetiap detik kehidupan kita selepas itu. Keinginan untuk memilikinya akan membuatkan jiwa kita tersiksa andai tidak dapat dicapai. Pernah rasa tak? siapa yang pernah merasainya pasti akan mengakuinya.


Janganlah kita kerasakan pandangan mata adalah sesuatu yang remeh. Pandangan pertama boleh membuatkan sukar hati kita untuk menghalang rasa ingin melihatnya sekali lagi. Pandangan yang menawan kita, pasti akan menggoda mata kita untuk berpaling memandang sekali lagi.



Dan apabila kita menurutinya, ia akan memujuk hati kita untuk memandang lagi dan lagi. Sehingga kita menjadi tidak berdaya untuk menolaknya. Semuanya bermula daripada satu pandangan, dan berakhir dengan desakan ingin melihatnya lagi dan lagi.


Jagalah mata dan pandangan. Kerana mata adalah sesuatu yang suci. Dengan mata juga kita berharap akan nikmat yang paling besar diakhirat kelak, iaitu menatap wajah Allah SWT!
‘ Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya.’ - ayat 40 dan 41 surah al-Naa’ziaat 

Pandangan pertama mungkin dimaafkan,
Tapi pandangan pertamalah yang menjdi panahan syaitan yang akan membawa kepada pandangan-pandangan yang seterusnya… (jadi, jangan nak pandang lama-lama sangat ye walaupun itu adalah pandangan pertama.. J)

Edited and rewrite by: NurHidayah Basiron


Alhamdulillah.. semoga bermanfaat.. InsyaAllah… Assalammualaikum… J

Redha itu PERLU!


Assalammualaikum ya akhi wa ukhti…
Kali ni,, kita berkongsi ilmu tentang redha pula..
Sikap redha dengan ketentuan Allah didasari keyakinan teguh terhadap sifat – sifat Allah s.w.t seperti Maha Pengasih (al – Rahman), Maha Penyayang (al – Rahim), Maha Bijaksana (al – Hakim) dan Maha Mengatahui ( al – Amin).
Kita menyakini  bahawa pengetahuan Allah jauh lebih tinggi dan lebih luas jika dibandingkan pengetahuan semua hamba-Nya. Justeru, Allah lebih mengetahui sesuatu yang baik atau yang buruk untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri.
Dan kerana sifat rahmat-Nya kepada makhluk, Allah hanya menentukan sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya meskipun ketentuan itu kadang terasa pahit.
Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan.  Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang… awak  juga pernah diuji begitu?
Ya.. Kita kan hamba pada-Nya yang Esa, kita juga hadapi ujian yang sama seperti ini. Sesungguhnya yakinlah DIA pemberi segala, kerana segalanya kepunyaan-Nya.
Saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.
Manusia tidak pernah terlepas dari diuji. Ada yang diuji dengan kesusahan hidup, ada juga yang diuji dengan kepayahan hidup…
Apabila kita diuji, sedarlah, Allah sedang ingat dan sedang memerhatikan kita.. Pada masa itulah keimanan akan diuji. Adakah kekal berserah dan redha dengan apa saja kurniaanNYA  atau terus berpaling dari NYA…
Belajarlah untuk redha wahai sahabat.. InsyaAllah, kita akan jadi orang yang sabar dan tergolong dalam golongan orang-orang yng beruntung di akhirat nanti..
Percayalah, ada ganjaran bagi orang-orang yang redha dan bersabar dengan ujian yang dihadapinya..
Kita juga haruslah mengetahui bahawa ada yang lebih berat ujiannya dari kita..
Sebagai contoh,
Kita kehilangan salah seorang daripada ibu bapa kita. kita menangis, meratap semahu-mahunya.. tapi, sedarkah kita??
Ada yang lebih duji di luar sana. Yang telah kehilangan kedua-sua  ibu bapanya sekali gus.. tapi, mereka masih bersabar dan bertahan.. Tidak mahu menyalahkan takdir.. Kerana mereka tahu, ada sesuatu yang telah Allah sediakan untuk mereka.. Sesuatu yang sangat istimewa.. Allah itu Maha Adil kan??
Contohilah para Rasul ulul A’zmi yang telah banyak diuji dengan ujian dan musibah yang berat… Tapi masih tetap bersabar.. masih tetap redha tanpa luntur dan goyah sedikitpun iman mereka pada Khaliq yang Satu..
Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi apa yang dia mampu hadapi.. Mustahil Sang Pencipta Agung yang kaya dengan sifat pemurah, pengasih dan penyayang mahu menganiaya hamba-hambaNya..
WRITTEN BY:NURHIDAYAH BASIRON
Alhamdulillah.. semoga bermanfaat.. InsyaAllah… Assalammualaikum.. J







Rezeki hambaNYA


Assalammualaikum ya akhi wa ukhti…
Rezeki itu hak ALLAH… (rasanya, semua dah sedia maklum kan??)
ALLAH berhak mengurniakan rezeki kepada sesiapa sahaja ynag DIA kehendaki..
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah dia memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran.  
[QS al-Baqarah, 2:186] 

Mintalah apa sahaja.. Tiada yang mustahil bagi Allah.. Tapi kadang-kadang, apa yang kita hajatkan, ada yang tidak ditunaikan… Menagapa eh??  Sebab, mungkin apa  yang kita hajatkan itu hanyalah apa yang kita MAHU tapi  bukan apa yang kita PERLU… Percayalah, Allah itu Maha Tahu..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 
[QS al-Baqarah, 2:216] 

Kita hanya perlu minta sahaja pada Allah. (mintak, mintak dan terus mintak..) Insya-Allah. Kalau sesuai dengan kita, dan kita memang betul-betul memerlukannya, DIA akan bagi. Sebab DIA Maha Tahu apa yang kita perlu dan terbaik untuk kita…


Bukannya Allah tidak sudi untuk memberi apa yang kita mahu..
Tapi, Sedar atau tidak,  cuba perhatikan mereka yang berada di sekeliling kita, kita perlukan ibu bapa kita, kita perlukan kawan-kawan kita dan  kita perlukan guru-guru kita… Lihat pula benda yang mampu kita miliki hari ini.. rumah, motor, dan kereta (kadang-kadang sampai 4-5 bijik!)..Semuanya kita perlu untuk menjalani kehidupan kita dan untuk memudahkan urusan kita.. Ya! Itulah rezeki yang Allah kurniakan pada kita.. Kita dapat semua yang kita perlu.!
Lihat pula contoh apa yang kita mahu..
Kita berangan-angan hendak memiliki sebuah  jet pejuang untuk disimpan di belakang rumah untuk dijadikan tontonan umum.. (macam muzium pulak dah!)
Tapi sayang ..  kita tak mampu nak beli benda tu, kenapa? Sebab tak perlu! Kita mahukan sebuah jet pejuang tapi dalam masa yang sama, kita tak  perlukan benda tu. Boleh fikir sendiri kan?
Tapi, kita boleh berdoa apa saja pada Allah.. Tak salah kalau kita minta perkara yang baik dariNYA…. Tiada yang mustahil bagi Allah kan? Kalau Allah kata kita perlukannya, Allah akan beri.. InsyaAllah..
DIA yang mencipta,, DIA yang menghidupkan dan DIA lah yang mematikan.. Percayakan DIA untuk segalanya kerana dia sahaja yang memahami kita.. J

Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta..
Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita..
Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka..
Belajarlah redha apa yang kita ada..
Itulah yang terbaik buat kita..
Walaupun itu bukan yang kita suka..
Usaha itu perlu , doa itu pembantu , Allah itu penentu ..  ^_^
  

WRITTEN BY: NURHIDAYAH BASIRON

Alhamdulillah. Semoga bermanfaat. InsyaAllah. Assalammualaikum..


Lelaki Soleh, Wanita Solehah.. :)



Assalammualaikum ya akhi wa ukhti…

“Abang, apa itu wanita solehah?”  
“Hmm. Susah nak jawab ni. Kenapa?”  
“Saje nak tahu. Apa yang dimaksudkan dengan wanita solehah dan lelaki yang soleh. Saya keliru lah.” 

Keliru? Hmm.. Pelik. Takpalah… Jom bace tazkirah kat bawah ni.. J
Soalan yang sebenarnya sudah terlalu ramai orang yang membahas mengenainya. 

Generally, wanita solehah ni bukanlah sejenis pokok ataupun sejenis galian…
 (harap maklum yer…!). Tetapi, mereka sama je macam wanita-wanita yang lain. Ada mata, telinga, perasaan dan lain-lain. Cuma mungkin perbezaan yang dapat kita lihat itu tiada pada zahirnya, tetapi terletak pada sudut yang kita tak mampu untuk melihatnya, kecuali Allah.  Itulah hati. 

Wanita yang solehah adalah mereka yang tidak melihat. 

Wanita yang solehah juga adalah mereka yang tidak dilihat

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamb sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhdap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” 
[QS An-Nuur, 24:31] 

Panjang eh? 

Tapi, inilah ayat Allah yang mengajarkan kepada kita mengenai salah satu ciri-ciri yang ada pada mereka yang solehah

Mereka tidak melihat bukan sebab mereka butakan mata mereka, tetapi mereka sedar dan faham akan ayat Allah. 

Mereka tidak dilihat bukan sebab mereka tidak menarik, tetapi kerana pakaian serta perhiasan yang digunakannya adalah berasaskan ketakwaan. 

Contoh mudah, jika seorang wanita itu memakai hijab kerana takutkan Allah. Maka kita juga takut untuk melihat ke arah dia. Walaupun kita berpeluang. Bukan takut sebab dia macam hantu ke apa, tapi kerana dia memakai hijab itu atas dasar takwa. Takut kepada Allah.

Tetapi, jika seorang wanita itu memakai hijab kerana fesyen atau mahu dilihat oleh manusia, maka sebab itulah kita pun seronok je kadang-kadang melihat mereka. Sebab yang membezakan antara keduanya hanya satu sahaja. Mereka memakai hijab bukan lagi atas dasar takwa. 

Itulah dia antara ciri-ciri wanita solehah. Mereka tidak akan cuba untuk mencari ruang dan peluang untuk mengenal lelaki dengan sebab yang peribadi atau personal, tidak akan mencari ruang dan peluang untuk supaya dirinya menjadi perhatian para lelaki, dan inikan pula kalau membawa kepada menggadaikan kesucian nilai cinta pada lelaki dengan sarana yang ada pada zaman sekarang ni, seperti couple atau yang lebih teruk lagi, zina.

“Macam mana nak tahu mereka ni wanita solehah?” 

Mudah saja nak tahu dia solehah ke tidak. 

In real case, kalau dia yang mula dulu nak kenal dengan kita, tiba-tiba mesej, bagi hadiah dan segala macam, maka di wanita murahan. Sebab cinta yang dia miliki itu terlalu murah, hinggakan ianya boleh dibeli hanya dengan mesej yang nilainya satu atau dua sen sahaja (tak termasuk cukai 6%). Ataupun boleh dibeli hanya dengan hadiah atau makanan yang harganya mungkin dalam RM200 gitu saja. Terlalu murah. Inikan pula kalau hanya sekadar chatting di Facebook atau mana-mana. Hehhh…

Mungkin agak kasar. Tetapi itulah realiti yang pahit terpaksa kita telan.

Tetapi, kalau dia seorang wanita yang solehah, cintanya hanya boleh dibeli dengan cinta kita pada Allah SWT dan satu perkara yang pasti ialah, melalui proses yang sangat suci iaitu ikatan pernikahan.” 

“Jadi, macam mana kalau seorang wanita yang solehah ni nak berurusan dengan lelaki?” 

Adapun bergaulnya wanita solehah ini adalah atas sebab-sebab yang umum. Meeting.. Study group.. Selagimana ianya tidak bersifat personal. Sebab, Allah tak melarang percampuran antara lelaki dan perempuan. Tetapi, Allah cuma mengehadkan pergaulan antara lelaki dan perempuan, kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan apa kelemahan kita. DIA yang ciptakan kita. Macam kalau kita sendiri la kan, cipta satu robot (macam robot doremon tu..). Kita mesti tahu, apa kelebihan robot tu dan kita juga tahu kelemahan robot tu.



Macam itu perumpamaannya untuk Allah, Pencipta diri kita sendiri. (sekadar perumpamaan yer..) 

Kenapa Dia suruh kita jaga pandangan kita? 

Kerana Dia tahu di mana titik kelemahan kita. Dari mata, turun ke hati, lepas tu. Habis gelaplah hati tu.(ish..ish.. Kesian)… Bila hati dah gelap, apa yang akan jadi? Maka kita yang kononnya moden ni akan jadi seperti mereka yang pernah kita gelar Arab Jahiliah dahulu. 

“Couple, ‘ringan-ringan’, zina, bunuh bayi dan lain-lain…” 

Jika indah peribadi seorang wanita itu, maka dia akan menjadi perhiasan yang paling indah. Jika buruk peribadi seorang wanita itu, jadi indah ke tak ye??? Eh, kan semua ciptaan Allah tu indah… Maka perhiasan itu mungkin masih indah,tetapi hanya pada mata hawa nafsu.

Ok, cukuplah cerita tentang wanita solehah. Tak leh banyak-banyak…



Untuk siapa mereka itu?

Hanya lelaki yang soleh sahaja yang boleh dikatakan layak untuk mendapatkan wanita solehah. Persoalannya, siapakah lelaki yang soleh itu? 

Mudah saja, ciri-ciri dia lebih kurang sama. Dalam surah yang sama, ayat sebelum ayat tadi, iaitu mestilah lelaki yang menjaga pandangan dia, memelihara kehormatan. Lelaki yang soleh juga merupakan seorang lelaki yang memiliki cinta. Cinta yang juga hanya mampu diberikan kepada seseorang yang meletakkan cinta dia, hanya pada Allah juga.” 

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” 
[QS An-Nuur, 24:30] 

Islam itu praktikal.. Perbuattan kita sentiasa berkait rapat dengan agama kita..

Begitulah ceritanya secara teori. Sekarang mari kita berbicara mengenai part yang praktikal, sebab Islam itu agama yang praktikal, bukan teori semata-mata. 

Saya nak ajak kita semua lihat kembali ke dalam diri kita. Adakah kita sudah menjadi seorang yang soleh atau solehah? 

Seseorang yang sangat menjaga pandangannya. 

Seseorang yang berhias kerana takutkan Allah. 

Seseorang yang memastikan hati mereka terbentuk dengan sangat baik, sebelum berbicara masalah penampilan luaran. 

Seseorang yang sangat menjaga kehormatan. 

Dan juga seseorang yang tidak menduakan atau mentigakan cinta kita pada Allah? 

Kalau belum, marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita sementara masih belum terlambat. 

Selagi kita masih hidup, 

Selagi kita masih mampu untuk membaca ayat Allah untuk diri kita dan orang lain, mampu bernafas untuk mengingat Allah, mampu berkata untuk menyampaikan kebenaran hakiki dan mampu bergerak untuk melaksanakan tugas dakwah dan tarbiyah demi agama Allah. 


“Kamu ingat semua orang bertuahkah untuk mendapat cinta berpaksikan keimanan?” 

Sekurang-kurangnya kita berusaha daripada tidak berbuat apa-apa. 

Allah tidak adil!” 

Sebelum kita berbicara tentang adil atau tidak Allah kepada kita, lebih baik kita lihat diri kita semula. Adakah kita sudah cukup adil dalam berurusan dengan Allah? 


Mahu atau tidak? 

"Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya,  
Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya,  
Sungguh beruntung orang yang mensucikannya (jiwa itu),  
Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"  
[Asy-Syam, 91:7-10] 

Terpulanglah pada diri kita. Bagaimana mahu melihat ke dalam satu-satu isu itu. Melalui pandangan akal berpandukan wahyu, atau pandangan akal yang disandarkan kepada hawa nafsu. 

Satu benda yang kita kena faham dan ingat baik-baik ialah Allah SWT akan bertindak sesuatu kepada kita setelah kita yang bertindak terlebih dahulu. 

Jika kita mahukan pasangan hidup yang soleh ataupun solehah. Maka kita adalah orang yang pertama sekali kena memulakan langkah ke arah itu. Dan apabila kita sudah memulakan langkah, jangan pernah mengenal kata putus asa. 

“Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” 
[QS An-Nuur, 24:26]

Jelas dah Allah kata, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya. 

Jadi, kalau kita mahukan seorang isteri yang solehah, mentarbiyah dirinya dengan baik, seorang yang bakal mendidik anak-anak nanti dengan sempurna, seorang yang meletakkan cintanya pada Allah, maka kita kena jadi macam itu dahulu. Insya-Allah, Allah Maha Tahu, apa yang kita perlukan. 

"Harta yang paling utama adalah lisan yang berdzikir, hati yang bersyukur, dan isteri solehah yang membantu suami menegakkan imannya." 
[HR Tirmidzi]

Bahkan di dalam Al-Quran, Allah SWT menjanjikan kepada orang lelaki yang beriman dan beramal soleh dengan balasan bidadari sebagai menggalakkan mereka beribadah. 

Tak perlu dah yang namanya couple tak islamik atau islamik, mesej-mesej sebelum nikah dan lain-lain. Buang masa, tambah dosa. Kalau endingnya pernikahan sekalipun, apa jaminan keberkatan Allah bersama kita seandainya kita melakukan satu perkara ibadah, tetapi dicemari dengan nilai kemaksiatan. Senang cerita, macam mana kita nak capai kebahagiaan syurga dunia itu sendiri kalau tiangnya adalah berlandaskan perkara yang melanggar fitrah dan syariat agama kita??  (huhh.. emo pulak..)

Air banyak manfaatnya. Minyak pun banyak manfaaatnya. Tetapi jika air telah bercampur dengan minyak, maka apa lagi manfaatnya?

Maaf kalau saya katakan bahawa kebanyakan orang zaman sekarang mempunyai corak fikir yang sangat kolot. Mereka merasakan bahawa mereka perlu mencari kasih sayang dahulu sebelum bercerita mengenai pernikahan. Kemudian dari situ, mereka akan cuba sedaya upaya melahirkan rasa cenderung dan tenteram terhadap pasangannya itu, kemudian apabila rasa sesuai dengan mata hawa nafsu, barulah nak jadikan isteri. 

Itu salah! 

Secara sedar atau tidak. Kita telah menterbalikkan aturan yang telah ditetapkan  Allah.!!! (pelik sungguh manusia ni… = =’)

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” 
[QS Ar-Rum, 30:21] 

Perhatikan elok-elok. Dan siapakah kita untuk mengatakan sesuatu selain ini?

“Kalau tak bercouple, macam mana nak kenal pasangan kita?” 

Soalan saya. Apa jaminan kita akan kekal bersama si dia yang kita cintai setelah kita kenal dia melalui proses couple? Kebanyakan dari sebab kenapa pasangan suami isteri bercerai adalah kerana lemahnya pegangan agama dalam diri masing-masing. Bukan kerana mereka tidak bercouple!

Apabila mak dan ayahnya sendiri sudah jauh dari pengajaran al-Quran, maka apa akan jadi pada anak-anak?

Persoalannya, 
Siapakah bakal mak dan ayah itu?


Bila kita akan bernikah? 

Insya-Allah, di saat apabila kita memerlukannya nanti. Allah akan memberikan kepada kita apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu.

Dekatkan diri kita dengan Allah, baca al-Quran selalu, solat berjemaah, hidupkan solat Dhuha dan tahajjud. 

Jangan takut untuk clash. Jangan takut untuk tinggalkan apa yang bukan hak kita. Yakinlah bahawa Allah akan membalas sesuatu perkara itu dengan sesuatu yang lebih baik. 

“Kenapa kamu terlalu yakin dengan tuhan?” 

Kalau bukan dengan janji Allah dan pesan Rasulullah SAW yang kita yakini, maka janji siapa lagi yang kita boleh pegang secara jujurnya pada zaman sekarang? 




"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."  
Semoga dipermudahkan segala urusan.. Dunia dan Akhirat.. InsyaAllah..
[QS al-Baqarah, 2:216]

"Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita yang solehah.” 
[HR an-Nasa’i dan Ahmad]

edited and rewrite by: Nurhidayah Basiron

Alhamdulillah… semoga bermanfaat… InsyaAllah…
Assalammualaikum… J