(^_^)

Thursday, 27 December 2012

Dosa? kebiasaan masyarakat kita!


Assalammualaikum ya akhi wa ukhti…
Hari ini dosa macam ibarat satu kebiasaan. Dah macam fitrah manusia pula buat maksiat. 
Lebih hebat lagi, dosa itu macam gugurnya daun dimusim luruh. (hehhh, sungguh metafora ayat nih).
Itu lah hakikat yang perlu kita akui bersama. Dosa : Perkara Biasa derr...
Senang cerita,, dosa kita macam hujan lebat yang mencurah-curah!!

"Eh, dosa I, kubur I, You apa kisah?", kata mak cik ala datin itu sambil mencekak pinggang. 

“Eh2 makcik nih! Memang la kubur you.. bukan kubur I, tapi kalau kubur you sebelah kubur I nanti, tak ke memekak??! Terjeri-jerit masa kena seksa nanti..menganggu ketenteraman tau tak?!  Huhhh!” (Agak-agaknya, berani tak kita nak jawab macam ni kalau diasak dengan kenyataan seperti yang  mak cik tu cakap?)

Cubalah lihat depan belakang kiri kanan hidup kita seharian, memang tidak boleh nak lari dari membuat dosa. 
Keluar rumah,masuk rumah, keluar bilik, masuk bilik. Dosa pasti ada menuruti langkah kita. 
Biah atau environment yang meningkatkan keimanan serta ketaqwaan susah bebenar nak rasai bersama. 
Mungkin, kalau duduk dalam gua bolehlah rasanya. (kalaulah boleh..)

BAGAIMANA BOLEH BERLAKU ?

Keadaan sebegini memang membingungkan ramai pihak. 
ustaz-ustaz pula kerja mereka sekarang ini perlu dilebihkan masa. Siap 'oncall' lagi. Dah macam doktor pulak. 

"Ostaddd, tolong Ostadd, anak saya kena rasukkk ostad", mak cik ala datin tadi menelepon seorang  ustaz muda. 

Keadaan yang menambahkan lagi resah ibu bapa dalam merancang plan kehidupan anak-anak mereka.
Sekarang ini, dosa itu sinonim dengan remaja. Mungkin kerana dosa-dosa remaja ini selalu dipaparkan dalam arus media perdana. 

"Eleh, macam lah orang tua tak buat dosa. Huh!", mengeluh seorang anak muda yang baru mencampakkan anaknya dari tingkat 3.

Keadaan itu menjadi kian complicated apabila urusan agama dipinggirkan dalam kehidupan seharian.
Terutamanya solat. Solat tiang agama. Tiang paling mahal dalam dunia, tiang agama lah. Tiada harga yang mampu membelinya dengan wang ringgit.
Oleh sebab agama yang di anak tirikan, maka nafsu diturut perintahnya.

"Well, diorang sudah tidak berpegang pada tali agama. So, I offer lah tali I", kata En. Nafsu ketika ditemuramah oleh wartawan.


KISAH IBRAHIM ADHAM..

Ibrahim Bin Adham ini merupakan seorang yang soleh. Banyak kisah-kisah pengajaran dari beliau.
Suatu hari, beliau didatangi oleh seorang ahli maksiat yang mengadu bagaimana caranya untuk berhenti dari terus melakukan maksiat.
Lalu dijawab pertanyaa itu oleh Ibrahim Adham.

"You, kalau nak buat maksiat boleh. Tapi ada 5 syarat", kata Ibrahim Adham.

Bila Ibrahim Adham membenarkan buat maksiat dengan bersyarat terbeliaklah mata ahli maksiat itu.
Bukan setakat ahli maksiat itu je boleh terbeliak, kita pun pasti riang gembira mendengar bolehnya buat maksiat.

Yelah, selama hidup 20 tahun ni, ustaz-ustaz dan ustazah cakap buat maksiat itu harammmmm... Nerakaaaa…

Lalu, Ibrahim Adham terus memberi syarat untuk membuat maksiat. Maka khusyuk ahli maksiat itu mendengarnya.

Syarat-syaratnya adalah :

1. Kalau nak buat Maksiat boleh tapi jangan makan rezeki Allah.

2.
Apa nak buat maksiat? Bolehhh.. tapi jangan berdiri, jangan duduk,  jangan tinggal dan janagn menetap dibumi Allah walau seinci. Ingat eh!

3
. Jika nak buat maksiat, bolehhh sangat… tapi buat ditempat yang kau yakin Allah tidak boleh melihatnya.

4.
Buat maksiat??  boleh2!!, tapi bila Malaikat Izrail datang untuk menyabut nyawa pintalah untuk ditangguh.

5.
Apa?Kalau nak buat maksiat juga, bolehh.. tapi bila Malaikat Zabaniyah datang nak mengiringi kau ke Neraka kata pada dia aku tak mahu ikut kau.

Habis Ibrahim Adham bercerita syarat-syarat berikut, terkedu si ahli maksiat sambil menangis teresak-esak. (tau takot.. =P)


TUGAS KITA PELIHARA DIRI DAN KELUARGA…

Allah berfirman dalam sepotong ayat. "Peliharalah dirimu dan keluarga dari api neraka".
Tugas untuk pelihara dari api neraka ini diletakkan di atas bahu semua yang mengaku dia Islam.

Bukan sekadar pakai baju I Proud To Be A Muslim. Pakai  badge button I Am Muslim. Tapi tanggungjawab itu adalah memelihara diri dan keluarga dari api neraka.
Bila semua ada kesedaran ini, insyaallah tanpa diragui dosa-dosa akan dipandang sebagai perkara yang sangat paling jijik.

Dah lah sangat , paling pulak…
J

Bersahabat dengan orang soleh. Kerana dapat membantu kita menggilap cahaya iman.

Banyakkan menimba ilmu dengan membaca, mendengar dan melihat kerana ianya dapat membantu kita mengenali siapa syaitan siapa malaikat.

Jaga pemakanan kita, kerana makanan yang syubhat membantu kita mengeraskan hati untuk menerima cahaya Allah.

Semua kita ini selalu melakukan dosa tetapi yang paling baik dalam golongan berdosa ini adalah mereka yang sentiasa menyesali dosa mereka.

Sabda Baginda dalam riwayat Imam Bukhari,

Semua anak adam melakukan dosa, dan sebaik-baik mereka adalah yang bertaubat.

Refleksi diri, kuatkan jati diri dan iman di hati,,
 pasti terselemat dari api… Allah Maha Mengetahui..
  written by: NurHidayah Basiron

Gambar ni hanya sekadar hiasan..  (kemain pakcik tuh.. =D )
Alhamdulillah… semoga bermanfaat… InsyaaAllah….  Assalammualaikum.. J

No comments:

Post a Comment