Assalammualaikum ya akhi wa ukhti…
“Abang,
apa itu wanita solehah?”
“Hmm.
Susah nak jawab ni. Kenapa?”
“Saje
nak tahu. Apa yang dimaksudkan dengan wanita solehah dan lelaki yang soleh.
Saya keliru lah.”
Keliru? Hmm.. Pelik. Takpalah… Jom
bace tazkirah kat bawah ni.. J
Soalan yang sebenarnya sudah terlalu
ramai orang yang membahas mengenainya.
Generally, wanita solehah ni bukanlah sejenis pokok ataupun
sejenis galian…
(harap
maklum yer…!). Tetapi, mereka sama je macam wanita-wanita yang lain. Ada mata,
telinga, perasaan dan lain-lain. Cuma mungkin perbezaan yang dapat kita lihat
itu tiada pada zahirnya, tetapi terletak pada sudut yang kita tak mampu untuk
melihatnya, kecuali Allah. Itulah
hati.
Wanita yang solehah adalah mereka
yang tidak melihat.
Wanita yang solehah juga adalah
mereka yang tidak dilihat.
“Dan katakanlah kepada para
perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara
kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang
(biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan
janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka,
atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka, atau
putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra
saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka,
atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamb sahaya yang mereka miliki,
atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhdap
perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan
janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang yang
beriman, supaya kamu beruntung.”
[QS An-Nuur, 24:31]
Panjang eh?
Tapi, inilah ayat Allah yang
mengajarkan kepada kita mengenai salah satu ciri-ciri yang ada pada mereka
yang solehah.
Mereka tidak melihat bukan sebab
mereka butakan mata mereka, tetapi mereka sedar dan faham akan ayat
Allah.
Mereka tidak dilihat bukan sebab
mereka tidak menarik, tetapi kerana pakaian serta perhiasan yang
digunakannya adalah berasaskan ketakwaan.
Contoh mudah, jika seorang wanita
itu memakai hijab kerana takutkan Allah. Maka kita juga takut untuk melihat ke
arah dia. Walaupun kita berpeluang. Bukan takut sebab dia macam hantu ke apa,
tapi kerana dia memakai hijab itu atas dasar takwa. Takut kepada Allah.
Tetapi, jika seorang wanita itu
memakai hijab kerana fesyen atau mahu dilihat oleh manusia, maka sebab itulah
kita pun seronok je kadang-kadang melihat mereka. Sebab yang membezakan antara
keduanya hanya satu sahaja. Mereka memakai hijab bukan lagi atas dasar
takwa.
Itulah dia antara ciri-ciri wanita
solehah. Mereka tidak akan cuba untuk mencari ruang dan peluang untuk mengenal
lelaki dengan sebab yang peribadi atau personal, tidak akan mencari
ruang dan peluang untuk supaya dirinya menjadi perhatian para lelaki, dan
inikan pula kalau membawa kepada menggadaikan kesucian nilai cinta pada lelaki
dengan sarana yang ada pada zaman sekarang ni, seperti couple atau yang
lebih teruk lagi, zina.
“Macam
mana nak tahu mereka ni wanita solehah?”
Mudah saja nak tahu dia solehah ke
tidak.
In real case, kalau dia yang mula dulu nak kenal dengan kita, tiba-tiba
mesej, bagi hadiah dan segala macam, maka di wanita murahan. Sebab cinta yang
dia miliki itu terlalu murah, hinggakan ianya boleh dibeli hanya dengan mesej
yang nilainya satu atau dua sen sahaja (tak termasuk cukai 6%). Ataupun boleh
dibeli hanya dengan hadiah atau makanan yang harganya mungkin dalam RM200 gitu
saja. Terlalu murah. Inikan pula kalau hanya sekadar chatting di
Facebook atau mana-mana. Hehhh…
Mungkin agak kasar. Tetapi itulah realiti
yang pahit terpaksa kita telan.
Tetapi, kalau dia seorang wanita
yang solehah, cintanya hanya boleh dibeli dengan cinta kita pada Allah SWT dan
satu perkara yang pasti ialah, melalui proses yang sangat suci iaitu ikatan
pernikahan.”
“Jadi,
macam mana kalau seorang wanita yang solehah ni nak berurusan dengan
lelaki?”
Adapun bergaulnya wanita solehah ini
adalah atas sebab-sebab yang umum. Meeting.. Study group.. Selagimana
ianya tidak bersifat personal. Sebab, Allah tak melarang percampuran
antara lelaki dan perempuan. Tetapi, Allah cuma mengehadkan pergaulan antara
lelaki dan perempuan, kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan apa
kelemahan kita. DIA yang ciptakan kita. Macam kalau kita sendiri la kan,
cipta satu robot (macam robot doremon tu..). Kita mesti tahu, apa kelebihan
robot tu dan kita juga tahu kelemahan robot tu.
Macam itu perumpamaannya untuk
Allah, Pencipta diri kita sendiri. (sekadar perumpamaan yer..)
Kenapa Dia suruh kita jaga pandangan
kita?
Kerana Dia tahu di mana titik
kelemahan kita. Dari mata, turun ke hati, lepas tu. Habis
gelaplah hati tu.(ish..ish.. Kesian)… Bila hati dah gelap, apa yang akan jadi? Maka
kita yang kononnya moden ni akan jadi seperti mereka yang pernah kita gelar
Arab Jahiliah dahulu.
“Couple,
‘ringan-ringan’, zina, bunuh bayi dan lain-lain…”
Jika indah peribadi seorang wanita
itu, maka dia akan menjadi perhiasan yang paling indah. Jika buruk peribadi
seorang wanita itu, jadi indah ke tak ye??? Eh, kan semua ciptaan Allah tu
indah… Maka perhiasan itu mungkin masih indah,tetapi hanya pada mata hawa
nafsu.
Ok, cukuplah cerita tentang wanita solehah.
Tak leh banyak-banyak…
Untuk siapa mereka itu?
Hanya lelaki yang soleh sahaja yang
boleh dikatakan layak untuk mendapatkan wanita solehah. Persoalannya, siapakah
lelaki yang soleh itu?
Mudah saja, ciri-ciri dia lebih
kurang sama. Dalam surah yang sama, ayat sebelum ayat tadi, iaitu mestilah
lelaki yang menjaga pandangan dia, memelihara kehormatan. Lelaki yang soleh
juga merupakan seorang lelaki yang memiliki cinta. Cinta yang juga hanya mampu
diberikan kepada seseorang yang meletakkan cinta dia, hanya pada Allah
juga.”
“Katakanlah kepada lelaki yang
beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang
demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang
mereka perbuat.”
[QS An-Nuur, 24:30]
Islam itu praktikal.. Perbuattan
kita sentiasa berkait rapat dengan agama kita..
Begitulah ceritanya secara teori.
Sekarang mari kita berbicara mengenai part yang praktikal, sebab Islam
itu agama yang praktikal, bukan teori semata-mata.
Saya nak ajak kita semua lihat
kembali ke dalam diri kita. Adakah kita sudah menjadi seorang yang soleh
atau solehah?
Seseorang yang sangat menjaga
pandangannya.
Seseorang yang berhias kerana
takutkan Allah.
Seseorang yang memastikan hati
mereka terbentuk dengan sangat baik, sebelum berbicara masalah penampilan
luaran.
Seseorang yang sangat menjaga
kehormatan.
Dan juga seseorang yang tidak
menduakan atau mentigakan cinta kita pada Allah?
Kalau belum, marilah kita sama-sama memperbaiki
diri kita sementara masih belum terlambat.
Selagi kita masih hidup,
Selagi kita masih mampu untuk membaca
ayat Allah untuk diri kita dan orang lain, mampu bernafas untuk mengingat
Allah, mampu berkata untuk menyampaikan kebenaran hakiki dan mampu bergerak
untuk melaksanakan tugas dakwah dan tarbiyah demi agama Allah.
“Kamu
ingat semua orang bertuahkah untuk mendapat cinta berpaksikan keimanan?”
Sekurang-kurangnya kita berusaha
daripada tidak berbuat apa-apa.
“Allah
tidak adil!”
Sebelum kita berbicara tentang adil
atau tidak Allah kepada kita, lebih baik kita lihat diri kita semula. Adakah
kita sudah cukup adil dalam berurusan dengan Allah?
Mahu atau tidak?
"Demi jiwa serta
penyempurnaan (ciptaan)nya,
Maka Dia mengilhamkan kepadanya
(jalan) kejahatan dan ketakwaannya,
Sungguh beruntung orang yang
mensucikannya (jiwa itu),
Dan sungguh rugi orang yang
mengotorinya"
[Asy-Syam, 91:7-10]
Terpulanglah pada diri kita.
Bagaimana mahu melihat ke dalam satu-satu isu itu. Melalui pandangan akal
berpandukan wahyu, atau pandangan akal yang disandarkan kepada hawa
nafsu.
Satu benda yang kita kena faham dan
ingat baik-baik ialah Allah SWT akan bertindak sesuatu kepada kita setelah kita
yang bertindak terlebih dahulu.
Jika kita mahukan pasangan hidup
yang soleh ataupun solehah. Maka kita adalah orang yang pertama sekali kena
memulakan langkah ke arah itu. Dan apabila kita sudah memulakan langkah, jangan
pernah mengenal kata putus asa.
“Perempuan-perempuan yang keji untuk
lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji
(pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan
lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih
dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia
(syurga)”
[QS An-Nuur, 24:26]
Jelas dah Allah kata, perempuan
yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.
Jadi, kalau kita mahukan seorang
isteri yang solehah, mentarbiyah dirinya dengan baik, seorang yang bakal
mendidik anak-anak nanti dengan sempurna, seorang yang meletakkan cintanya pada
Allah, maka kita kena jadi macam itu dahulu. Insya-Allah, Allah Maha Tahu, apa
yang kita perlukan.
"Harta yang paling utama adalah
lisan yang berdzikir, hati yang bersyukur, dan isteri solehah yang membantu
suami menegakkan imannya."
[HR Tirmidzi]
Bahkan di dalam Al-Quran, Allah SWT
menjanjikan kepada orang lelaki yang beriman dan beramal soleh dengan balasan
bidadari sebagai menggalakkan mereka beribadah.
Tak perlu dah yang namanya couple
tak islamik atau islamik, mesej-mesej sebelum nikah dan lain-lain. Buang
masa, tambah dosa. Kalau endingnya pernikahan sekalipun, apa jaminan
keberkatan Allah bersama kita seandainya kita melakukan satu perkara ibadah,
tetapi dicemari dengan nilai kemaksiatan. Senang cerita, macam mana
kita nak capai kebahagiaan syurga dunia itu sendiri kalau tiangnya adalah
berlandaskan perkara yang melanggar fitrah dan syariat agama kita?? (huhh.. emo pulak..)
Air banyak manfaatnya. Minyak pun
banyak manfaaatnya. Tetapi jika air telah bercampur dengan minyak, maka apa
lagi manfaatnya?
Maaf kalau saya katakan bahawa
kebanyakan orang zaman sekarang mempunyai corak fikir yang sangat kolot. Mereka
merasakan bahawa mereka perlu mencari kasih sayang dahulu sebelum bercerita
mengenai pernikahan. Kemudian dari situ, mereka akan cuba sedaya upaya melahirkan
rasa cenderung dan tenteram terhadap pasangannya itu, kemudian apabila rasa
sesuai dengan mata hawa nafsu, barulah nak jadikan isteri.
Itu salah!
Secara sedar atau tidak. Kita
telah menterbalikkan aturan yang telah ditetapkan Allah.!!! (pelik sungguh manusia ni… =
=’)
“Dan di antara tanda-tanda
(kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu
sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia menjadikan
di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.”
[QS Ar-Rum, 30:21]
Perhatikan elok-elok. Dan siapakah
kita untuk mengatakan sesuatu selain ini?
“Kalau
tak bercouple, macam mana nak kenal pasangan kita?”
Soalan saya. Apa jaminan kita akan
kekal bersama si dia yang kita cintai setelah kita kenal dia melalui proses
couple? Kebanyakan dari sebab kenapa pasangan suami isteri bercerai adalah
kerana lemahnya pegangan agama dalam diri masing-masing. Bukan kerana mereka
tidak bercouple!
Apabila mak dan ayahnya sendiri sudah jauh dari pengajaran al-Quran, maka apa akan jadi pada anak-anak?
Persoalannya, Siapakah bakal mak dan ayah itu?
Apabila mak dan ayahnya sendiri sudah jauh dari pengajaran al-Quran, maka apa akan jadi pada anak-anak?
Persoalannya, Siapakah bakal mak dan ayah itu?
Bila kita akan bernikah?
Insya-Allah, di saat apabila kita
memerlukannya nanti. Allah akan memberikan kepada kita apa yang kita
perlukan, bukan apa yang kita mahu.
Dekatkan diri kita dengan Allah, baca al-Quran selalu, solat berjemaah, hidupkan solat Dhuha dan tahajjud.
Dekatkan diri kita dengan Allah, baca al-Quran selalu, solat berjemaah, hidupkan solat Dhuha dan tahajjud.
Jangan takut untuk clash. Jangan takut untuk tinggalkan apa yang bukan hak kita. Yakinlah
bahawa Allah akan membalas sesuatu perkara itu dengan sesuatu yang lebih
baik.
“Kenapa kamu terlalu
yakin dengan tuhan?”
Kalau bukan dengan janji Allah dan
pesan Rasulullah SAW yang kita yakini, maka janji siapa lagi yang kita boleh
pegang secara jujurnya pada zaman sekarang?
"Diwajibkan atas kamu
berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi, boleh jadi kamu tidak
menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi
sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui."
![]() |
Semoga dipermudahkan segala urusan.. Dunia dan Akhirat.. InsyaAllah.. |
[QS al-Baqarah, 2:216]
"Seluruh dunia ini adalah
perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita yang solehah.”
[HR an-Nasa’i dan Ahmad]
edited and rewrite by: Nurhidayah Basiron
Alhamdulillah… semoga bermanfaat…
InsyaAllah…
Assalammualaikum… J
No comments:
Post a Comment