Assalammualaikum ya akhi wa ukhti…
Rezeki itu hak ALLAH… (rasanya, semua dah sedia
maklum kan??)
ALLAH berhak mengurniakan rezeki kepada sesiapa
sahaja ynag DIA kehendaki..
Dan apabila
hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya aku dekat. Aku
kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah
dia memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh
kebenaran.
[QS al-Baqarah,
2:186]
Mintalah apa sahaja.. Tiada yang mustahil bagi
Allah.. Tapi kadang-kadang, apa yang kita hajatkan, ada yang tidak ditunaikan…
Menagapa eh?? Sebab, mungkin apa yang kita hajatkan itu hanyalah apa yang kita
MAHU tapi bukan apa yang kita PERLU…
Percayalah, Allah itu Maha Tahu..
Diwajibkan atas kamu
berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi, boleh jadi kamu tidak
menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi
sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui.
[QS al-Baqarah, 2:216]
Kita
hanya perlu minta sahaja pada Allah. (mintak, mintak dan terus mintak..) Insya-Allah. Kalau sesuai dengan
kita, dan kita memang betul-betul memerlukannya, DIA akan bagi. Sebab DIA Maha
Tahu apa yang kita perlu dan terbaik untuk kita…
Bukannya
Allah tidak sudi untuk memberi apa yang kita mahu..
Tapi,
Sedar atau tidak, cuba perhatikan mereka
yang berada di sekeliling kita, kita perlukan ibu bapa kita, kita perlukan
kawan-kawan kita dan kita perlukan
guru-guru kita… Lihat pula benda yang mampu kita miliki hari ini.. rumah,
motor, dan kereta (kadang-kadang sampai 4-5 bijik!)..Semuanya kita perlu untuk
menjalani kehidupan kita dan untuk memudahkan urusan kita.. Ya! Itulah rezeki
yang Allah kurniakan pada kita.. Kita dapat semua yang kita perlu.!
Lihat
pula contoh apa yang kita mahu..
Kita
berangan-angan hendak memiliki sebuah
jet pejuang untuk disimpan di belakang rumah untuk dijadikan tontonan
umum.. (macam muzium pulak dah!)
Tapi
sayang .. kita tak mampu nak beli benda
tu, kenapa? Sebab tak perlu! Kita mahukan sebuah jet pejuang tapi dalam masa
yang sama, kita tak perlukan benda tu.
Boleh fikir sendiri kan?
Tapi,
kita boleh berdoa apa saja pada Allah.. Tak salah kalau kita minta perkara yang
baik dariNYA…. Tiada yang mustahil bagi Allah kan? Kalau Allah kata kita
perlukannya, Allah akan beri.. InsyaAllah..
DIA yang mencipta,,
DIA yang menghidupkan dan DIA lah yang mematikan.. Percayakan DIA
untuk segalanya kerana dia sahaja yang memahami kita.. J
Yang kita dapat tidak semestinya yang kita
pinta..
Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita..
Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka..
Belajarlah redha apa yang kita ada..
Itulah yang terbaik buat kita..
Walaupun itu bukan yang kita suka..
Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita..
Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka..
Belajarlah redha apa yang kita ada..
Itulah yang terbaik buat kita..
Walaupun itu bukan yang kita suka..
Usaha itu perlu , doa itu pembantu , Allah itu
penentu .. ^_^
WRITTEN BY: NURHIDAYAH BASIRON
Alhamdulillah.
Semoga bermanfaat. InsyaAllah. Assalammualaikum..
No comments:
Post a Comment