(^_^)

Thursday, 27 December 2012

ISLAM itu SYUMUL.. :)


Assalammualaikum ya akhi wa ukhti…
Kali ni, kita berkongsi sedikit pengetahuan yang mungkin kita tidak tahu …
·         Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat.

·         Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sakaratul maut..

·         5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:-

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, InsyaAllah jauh dari penyakit (susah ditimpa sakit).

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.(mungkin sebab tu kebanyakkan daripada mereka sangat bijak.)

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).



Cara senang untuk dapatkan pahala walaupun selepas mati . (seronok ni!)

·         Pasang kipas di surau/masjid walaupun satu, setiap kali orang guna, anda dapat pahala walaupun telah meninggal dunia. .

·         Derma kerusi roda dihospital . Setiap kali pesakit guna,anda akan dapat pahala .

·         Beri baju kepada  orang , setiap kali orang pakai, anda dapat pahala .

·         Beri makanan kepada orang , anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya .

·         Menyampaikan ilmu yang bermanfaat, selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada . InsyaAllah..



7 kalimat yg mesti di biasakan di lidah kita..

1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulillah-Setiap kali habis melakukan sesuatu.

3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yang buruk.

4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat hal yg buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun- Jika melihat atau menghadapi musibah atau menerima khabar kematian.

7.Lailaha illallah- Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

 edited by: NurHiayah Basiron

Alhamdulillah… Semoga bermanfaat.. InsyaAllah… Assalammualaikum..


No comments:

Post a Comment