(^_^)

Thursday, 27 December 2012

Redha itu PERLU!


Assalammualaikum ya akhi wa ukhti…
Kali ni,, kita berkongsi ilmu tentang redha pula..
Sikap redha dengan ketentuan Allah didasari keyakinan teguh terhadap sifat – sifat Allah s.w.t seperti Maha Pengasih (al – Rahman), Maha Penyayang (al – Rahim), Maha Bijaksana (al – Hakim) dan Maha Mengatahui ( al – Amin).
Kita menyakini  bahawa pengetahuan Allah jauh lebih tinggi dan lebih luas jika dibandingkan pengetahuan semua hamba-Nya. Justeru, Allah lebih mengetahui sesuatu yang baik atau yang buruk untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri.
Dan kerana sifat rahmat-Nya kepada makhluk, Allah hanya menentukan sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya meskipun ketentuan itu kadang terasa pahit.
Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan.  Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang… awak  juga pernah diuji begitu?
Ya.. Kita kan hamba pada-Nya yang Esa, kita juga hadapi ujian yang sama seperti ini. Sesungguhnya yakinlah DIA pemberi segala, kerana segalanya kepunyaan-Nya.
Saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.
Manusia tidak pernah terlepas dari diuji. Ada yang diuji dengan kesusahan hidup, ada juga yang diuji dengan kepayahan hidup…
Apabila kita diuji, sedarlah, Allah sedang ingat dan sedang memerhatikan kita.. Pada masa itulah keimanan akan diuji. Adakah kekal berserah dan redha dengan apa saja kurniaanNYA  atau terus berpaling dari NYA…
Belajarlah untuk redha wahai sahabat.. InsyaAllah, kita akan jadi orang yang sabar dan tergolong dalam golongan orang-orang yng beruntung di akhirat nanti..
Percayalah, ada ganjaran bagi orang-orang yang redha dan bersabar dengan ujian yang dihadapinya..
Kita juga haruslah mengetahui bahawa ada yang lebih berat ujiannya dari kita..
Sebagai contoh,
Kita kehilangan salah seorang daripada ibu bapa kita. kita menangis, meratap semahu-mahunya.. tapi, sedarkah kita??
Ada yang lebih duji di luar sana. Yang telah kehilangan kedua-sua  ibu bapanya sekali gus.. tapi, mereka masih bersabar dan bertahan.. Tidak mahu menyalahkan takdir.. Kerana mereka tahu, ada sesuatu yang telah Allah sediakan untuk mereka.. Sesuatu yang sangat istimewa.. Allah itu Maha Adil kan??
Contohilah para Rasul ulul A’zmi yang telah banyak diuji dengan ujian dan musibah yang berat… Tapi masih tetap bersabar.. masih tetap redha tanpa luntur dan goyah sedikitpun iman mereka pada Khaliq yang Satu..
Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi apa yang dia mampu hadapi.. Mustahil Sang Pencipta Agung yang kaya dengan sifat pemurah, pengasih dan penyayang mahu menganiaya hamba-hambaNya..
WRITTEN BY:NURHIDAYAH BASIRON
Alhamdulillah.. semoga bermanfaat.. InsyaAllah… Assalammualaikum.. J







No comments:

Post a Comment